Friday, April 15, 2011

Faktor Penentangan Tok Janggut

Pendahuluan
     
      Kedudukan Tanah Melayu sebagai kawasan yang strategik dan juga mempunyai pelbagai hasil bumi telah menarik kedatangan kuasa kolonial British di Tanah Melayu,kehadiran British pada mulanya dengan menggunakan dasar campurtangan dalam hal pentadbiran orang Melayu,selepas British berjaya menguasai NNS ,perhatian dialihkan kepada negeri-negeri utara dan timur semenanjung,dalam Perjanjian Bangkok 1909,British telah mengambi alih Kelantan,Terengganu,Kedah dan Perlis. Melalui Perjanjian Inggeris-Siam 1909, kuasa Kelantan telah dipindahkan oleh Siam kepada Kerajaan British. James Scott Mason dilantik sebagai Penasihat British yang pertama di Kelantan pada Julai 1909. Pada tahun 1910, British secara rasmi menguasai hubungan luar negeri Kelantan melalui Perjanjain Inggeris-Kelantan. Perjanjian ini juga menegakkan hak British untuk melantik seorang Penasihat kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad IV. Baginda mesti mematuhi nasihat Penasihat British dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat resam orang Melayu. Perubahan sosio ekonomi yang dibawa oleh British telah mengakibatkan pemberontakan di daerah Pasir Putih pada 29 April 1915.Pada tahun 1910 Sir John Anderson  (Gabenor NNS) tiba di Kota Bharu  dengan kapal perang dan memaksa Long Senik mengakui hak naungan British ke atas Kelantan.Long Senik mengesahkan perjanjian dan Kelantan telah diletakkan di bawah naungan British[1].dalam perjanjian tersebut dapat dilihat dalam fasa IV perjanjian juga memberi kuasa kepada kerajaan british untuk campurtangan dalam urusan negeri sekiranya kerajaan kelantan gagal mewujudkan keamanan di negeri tersebut.Kehadiran British di kelantan tidak disenangi oleh pnduduk Kelantan kerana pengenalan pentadbiran British telah menyebabkan pembesar melayu Kelantan kerugian besar akibat campurtangan dalam hal ekonomi.Campurtangan British di Kelantan menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati masyarakat Kelantan yang telah memberikan kesan yang pelbagai kepada pembesar-pembesar di Kelantan, antara contohnya ialah Ungku Besar Jeram yang mengalami kerugian yang tinggi akibat perlaksanaan dasar yang diperkenalkan oleh British.Sentimen anti orang luar begitu menebal dalam diri masyarakat Kelantan yang juga tidak mahu orang luar mentadbir menyebabkan penerimaan masyarakat Kelantan begitu dingin sekali terhadap penasihat Inggeris di Kelantan.
      Antara tokoh yang menentang campurtangan british di kelantan ialah Haji Mat Hassan Bin Panglima Munas (Tok Janggut).Beliau dilahirkan di Kampung Saring di daerah Jeram pada tahun 1850. Tok Janggut mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Mekah serta mahir bersilat. Beliau tinggal di Kampung Nering dan bekerja sebagai petani dan peniaga.Antara Faktor yang menonjolkan Tok janggut bangkit menentang adalah kerana beliau adalah anak seorang Panglima ,pada tahun 1902 patani masih lagi dikuasai oleh Siam dan beliau diamanahkan oleh gurunya iaitu Syeikh Ahmad supaya berikhtiar membebaskan petani daripada penjajahan Siam,dan mempertahankan Kelantan daripada jatuh ke tangan kuasa asing,khususnya eropah yang bersifat anti-islam.Tok janggut melihat situasi dimana pembesar dan golongan istana tidak berani dalam menentang kuasa british di kelantan menyebabkan beliau dengan beraninya menawarkan diri kepada Engku Besar Jeram sebagai penentang British, hal ini juga kerana beliau pernah mendengar pesanan gurunya iaitu Syeikh Ahmad yang menyebabkan beliau berani menentang atas dasar mereka adalah penjajah dan menentang penguasaan orang kafir di bumi Kelantan[2].
      Dakwaan kolonial british yang melebelkan Tok Janggut sebagai seorang penderhaka kerana beliau dikatakan telah merancang untuk menjatuhkan kesultanan kelantan, hal ini menyebabkan beliau diburu oleh tentera Inggeris dan ditawarkan hadiah yang lumayan bagi sesiapa yang dapat menangkap beliau.Tok Janggut telah dituduh dan difitnah sebagai seorang yang derhaka kepada sultan dan British telah memainkan peranan yang hebat dalam tohmahan ini,bagi pandangan sarjana tempatan telah menafikan dakwaan sarjana barat kerana ada bukti-bukti yang mengatakan bahawa Tok janggut bukan berjuang untuk menentang institusi kesultanan , tetapi lebih dilihat menentang penjajahan kerana pelbagai faktor yang tidak dipersetujui oleh tok Janggut semasa pentadbiran British di Kelantan, Akhirnya meletuslah penentangan secara besar besaran Tok Janggut dan pengikutnya pada 1915 yang meyaksikan petumpahan darah pejuang tanah air menentang penjajah, Antara faktor yang menyebabkan Tok Janggut dan juga pengikutnya serta direstui perjuangannya disebabkan oleh faktor-faktor seperti berikut.

Faktor-Faktor Penentangan Tok Janggut
Kemerosotan status Ungku Besar Jeram
      Sebelum penguasaan kolonial British di kelantan ,kelantan telah ditadbir melalui kepimpinan tradisional iaitu dengan penguasaan sultan dan dibantu oleh pembeser yang berkuasa di sesuatu kawasan pemakananya,kepimpinan pembeser merupakan aspek yang begitu penting pada masa tersebut kerana golongan inilah yang menjaga ekonomi serta sosial masyarakat.Engku Besar Jeram merupakan seorang pemimpin yang merupakan pembesar daerah yang berkuasa di jeram dan merangkumi kawasan Pasir Putih. Apabila Pasir Putih telah dibentuk pada 1904 atas cadangan W.A Graham yang bertugas sebagai penasihat Pentadbiran Kelantan bagi pihak Kerajaan Siam,seorang Ketua Jajahan dan Pegawai Daerah telah dilantik untuk mentadbir kawasan tersebut,abaila cadangan pembetukan daerah di kelantan dibentuk, perlantikan seorang pegawai melayu dibuat iaitu dengan melantik Encik Ibrahim yang berasal daripada Singapura dan diberi jawatan sebagai Ketua Jajahan di kawasan Daerah Pasir Putih.Peranan yang dimainkan oleh Ketua Jajahan adalah bertanggungjawab dalam kuasa pungutan hasil cukai,pengurusan tanah dan juga kehakiman,oleh sebab itu,peranan Ungku Besar Jeram telah diambil alih oleh Ketua Jajahan dan kesannya  Ungku Besar Jeram kehilangan keistimewaan di kawasan tersebut[3].
    Peranan Engku Besar jeram yang pada sebelumnya adalah pembesar ditukar tarafnya kepada Tok Kweng (penggawa) sahaja,manakala jawatan yang dipegang oleh Engku Besar Jeram Tuan Ahmad dilantik sebagai Tok Kweng Muda , tugas mereka adalah membantu Ketua Jajahan menjalankan tugas, ini berti bahawa kedudukan mereka direndahkan di bawah arahan Ketua Jajahan yang baru iaitu En Ibrahim.Perlantikan ini menyebabkan perasaan kurang senang di kalangan Penduduk dan Juga Tok Janggut,hal ini kerana Pembesar Jeram merupakan individu yang masih dihormati dan juga berkuasa di kawasan Jeram sejak tahun 1762 lagi.Pemberontakan Tok Janggut tercetus kerana sokongan Tok Janggut terhadap pentadbiran tradisional disamping pengaruh yang masuh dimiliki oleh Pembesar jeram yang meletakkan beliau di tempat yang wajar dalam sistem pentadbiran dan mudah disokong oleh rakyat pimpinanya.
Keputusan Kerajaan Kelantan yang memihak kepada British dalam PD1
      Dalam buku sarjana tempatan ada mengaitkan peristiwa kerajaan kelantan yang bertindak memihak kepada British dalam Perang Dunia Pertama ,faktor ini juga dikaitakan dengan punca penentangan Tok janggut dan pengikutnya menentang british, ini kerana tindakan kerajaan kelantan yang menyokong barat telah mengecewakan Tok Janggut dan berpandangan bahawa tindakan kerajaan telah bercanggah dengan Fatwa yang dikeluarkan oleh Syaikh-al-Islam,Khayri Effendi,yang mewajibkan semua umat islam di seluruh dunia berjihad menentang British,hal ini kerana pihak barat telah merancang untuk menjatuhkan institusi khalifah Turki Uthmaniah yang menjadi penaung kepada seluruh umat islam di seluruh dunia.Syaikh Al Islam telah memetik sepotong ayat yang menyeru umat islam untuk sama-sama berjihad untuk membela agama Allah dan bersedia berkorban harta benda dan nyawa untuk menegakkan islam. Tok janggut juga amat percaya bahawa Britain akan mengalami kekalahan di tangan Jerman dan Turki Uthmaniah dalam peperangan tersebut[4],Tok Janggut telah menubuhkan gerakan menentang British di Kelantan dan menjadikan Pasir Putih sebagai pengkalan. 29 April 1915,Tok Janggut telah bermesyuarat dengan Tok Nik Bas tentang strategi menentang British.
      Keputusan yang diambil dalam perbincangan dengan pengikutnya ialah mereka ingin mengambil alaih pemerintahan di pasir Putih dan juga mengishtiharkan bahawa jajahan pasir Putih bebas daripada penjajahan British.Hal ini memperlihatkan unsur agama yang memainkan peranan dalam perjuangan Tok Janggut yang lebih dilihat ke arah semangat jihad, tetapi persoalan yang dikemukakan oleh sesetengah sejarawan yang mengatakan bahawa walaupun unsur agama boleh dikaitkan dengan gerakan penentangan ini, hal ini tidak semestinya gerakan Islam walaupun penenangnya adalah seorang yang bergelar haji ataupun beragama Islam,jika penentang beragama Islam dan pernah menunaikan haji, tidak mudah kita boleh golongkan dengan semangat jihad.Pandangan yang boleh dibuat ialah islam masih memainkan faktor penting dalam penentangan penjajah kerana walaupun seseorang itu beragama Islam tetapi keimanan yang kental adalah medan yang terbaik bagi menggerakkan seseorang supaya berani menegakkan keadilan dan faktor keagamaan boleh diterima dalam menjadi faktor penting dalam perjuangan tok janggut menentang penjajah,hal ini kerana mereka beranggapan bahawa jika mereka terkorban,mereka akan dianggap syahid kerana menentang kafir dan mati syahid adalah dijamin oleh kenikmatan akhirat oleh Allah[5]. 

Dasar pentadbiran British ditolak oleh Tok Janggut,
      Dalam aspek faktor penentangan telah memperlihatkan bahawa kebangkitan Tok Janggut tidak banyak perbezaanya dengan faktor penentangan di negeri-negeri lain iaitu kerana pengenalan pembaharuan pentadbiran politik,ekonomi,sosial yang diperkenalkan setelah campurtangan british.Peraturan yang dikuatkuasakan telah melibatkan perubahan dari segi pentadbiran dan peranan golongan pembesar tradisional yang telah menimbulkan perasaan tidak puas hati.Situasi di Kelantan agak berbeza kerana perubahan yang dialami oleh pemerintahan istana kurang jelas, tetapi faktor yang meledak kebangkitan kerana kesan yang diterima oleh pembesar seperti Pembesar Engku Jeram yang menyebabkan Tok Janggut bersimpati dan berasa tidak puas hati.Oleh sebab itu beliau menolak pembangunan di kawasan Pasir Putih seperti menolak pembinaan jalan raya di kawasan pengaruhnya.
      Beliau juga menolak sistem cukai British ke atas penduduk Pasir Putih dan juga peraturan baru yang telah mencabar kewibawaan Tok Janggut sebagai orang berpengaruh di daerah Pasir Putih,hal ini kerana beliau patuh kepada amanah yang ditugaskan oleh sultan untuk menjaga kawasan daerahnya[6],Konsep pembesar tradisional memang bertentangan dengan undang-undang British yang tidak mengiktiraf sistem politik tradisional melayu.hal ini bertentangan dengan pola budaya melayu yang sejak dahulu lagi yang sudah terbiasa dengan adat melayu tradisional yang bebas daripada undang-undang seperti mana yang diperkenalkan british pada masa itu.Budaya masyarakat kelantan sebelum penjajahan kolonial lebih bersifat bebas dan sudah dibiasakan dalam diri masyarakat kelantan[7].


Sikap penduduk tempatan pada masa itu lebih bersikap anti-orang luar (Xenophobia)
      Apabila Pasir Putih telah dibentuk pada 1904 atas cadangan W.A Graham yang bertugas sebagai penasihat Pentadbiran kelantan bagi pihak kerajaan Siam,seorang Ketua Jajahan dan Pegawai Daerah telah dilantik untuk mentadbir kawasan tersebut,apabila cadangan pembetukan daerah di kelantan dibentuk, perlantikan seorang pegawai Melayu dibuat iaitu dengan melantik Encik Ibrahim yang berasal daripada Singapura dan diberi jawatan sebagai Ketua Jajahan di kawasan Daerah Pasir Putih.Perlantikan Ketua Jajahan pada awalnya telah menimbulkan rasa kurang senang  penduduk tempatan pada masa itu kerana masyarkat kelantan lebih kepada sikap anti-orang luar,penduduk Pasir Putih mendakwa bahawa Pembesar Jeram Tuan Ahmad lebih layak memegang jawatan tersebut kerana status beliau sebelum ini ialah pembesar di kawasan Jeram,hal ini telah mempengaruhi penentangan Tok Janggut pada peringkat awalnya.Tindakan bijak yang diambil oleh En Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Cik Yim kerana boleh menjalankan tugas dan berdiplomasi dengan masyarakat pada masa itu dan lebih bersikap berlembut dalam menjalankan tugas menyebabkan masyarakat mudah menerima dan mengurangkan krisis diantara ketua jajahan dengan masyarakat[8].
      Perkhidmatan Cik Yim berakhir pada tahun 1910 dan digantikan dengan ketua baru iaitu encik Salleh yang merupakan rakyat tempatan kelantan dan juga lebih bersikap lembut dan diterima baik oleh masyarakat .Masalah mula timbul apabila tindakan British yang menggantikan Encik Salleh dengan orang baru iaitu Encik Latif Ini kerana British telah melantik En Abdul Latif sebagai District Officer(Pegawai Daerah) yang berasal daripada Singapura.Beliau tidak disukai oleh penduduk tempatan kerana masyarakat tidak menyenangi peribadi encik Latif kerana beliau suka memaki hamun orang kampung apabila datang ke pejabatnya untuk melakukan urusan tanah ataupun urusan-urusan yang berkaitan lain[9].Hal ini telah diakui oleh seorang wartawan Straits Echo yang pernah menetap di Pasir Putih[10].Akibat tindakan Encik Latif tersebut menyebabkan banyak rungutan dan juga petisyen yang dihantar kepada sultan untuk menceritakan tindakan buruk  beliau.Kesannya muncul sentimen kedaerahan yang mereka tidak mahu mereka ditadbir oleh orang luar,maka penduduk telah mengangkat Unku Besar Jeram Tuan Ahmad sebagai pemerintah Pasir Putih ini kerana sudah tradisinya masyarakat Pasir Putih ditadbir oleh kerabat Diraja Jeram.Kesetiaan penduduk tempatan terhadap kuasa Engku Besar Jeram begitu jelas dan boleh mencabar kedudukan sultan,Oleh sebab itu Engku Besar Jeram telah menggerakkan kebangkitan yang disokong kuat oleh Tok Janggut dan penentang lain seperti Haji Said, En Ishak,Penghulu Adam,Panglima Tok Abbas ,Panglima Tok Hussin,Panglima Tok Deraman dan juga Panglima Tok Laboh[11]. 
     
Sokongan daripada Ungku Besar Jeram
      Sokongan daripada Ungku Besar Jeram Tuan Ahmad, Hj Said, Che Ishak,Penghulu Adam,Tok Husin,Tok Abas,Tok Laboh,dan Tok Deraman juga menjadi faktor kepada penentangan Tok Janggut,peranan mereka dapat dilihat dalam menjalankan kempen mempengaruhi penduduk P.Putih menetang peraturan yang diperkenalkan oleh british sekali gus menetang Pendudukan British di Kelantan[12]. Tok Janggut berani menentang kerana beliau telah disokong oleh Ungku Besar dan Tengku Cik Penambang,Kerabat Diraja Kota Bharu. Ada andaian yang mengatakan sokongan ini untuk menjatuhkan Sultan Kelantan,tetapi jika dilihat dalam konteks perjuangan Tok janggut lebih bersifat menentang British.
      Serangan besar besaran dalam membanteras Tok Janggut telah dilakukan apabila Tok Janggut didapati telah membunuh Sarjan Che Wan,Askar Malay State Guides (MSG) telah membakar rumah Tok Janggut ,penduduk-penduduk di Pasir Putih telah dihukum kerana kejadian huru hara yang berlaku, contohnya penduduk didenda dengan bayaran $10 utk rumah besar, $5 utk rumah sedan dan $3 untuk rumah kecil.Jika penduduk tidak dapat membayarnya,rumah-rumah penduduk akan dibakar.Tindakan pihak british telah mencetuskan kemarahan Tok Janggut ,dan menyerang balas dengan menyerang khemah M.S.G pada 24 mei 1915[13].

Faktor Pengenalan peraturan Ekonomi Baru
      Pengenalan peraturan Ekonomi cukai ke atas tanah , tumbuhan dan hasi hutan juga telah menjadi faktor pencetus penentangan Tok Janggut.pada tahun 1905 peraturan yang diluluskan mengenai padi dan kelapa mewajibkan penduduk membayar hasil tanaman tersebut.Mengikut notis No.4/1914 mengenai sistem baru pungutan cukai yang dikeluarkan pada 19 mac 1914 telah mencatatkan perubahan baru yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1915.Peraturan ini menetapkan bahawa setiap tanah yang dikerjakan atau tidak diwajibkan membayar cukai,hal ini berbeza dengan sebelumya kerana bayaran hasil tanah adalah berdasarkan hasil yang diperolehi[14].
       Encik ibrahim yang dilantik sebagai pegawai daerah pertama Pasir Puteh pada tahun 1905, telah melaksanakan satu sistem baru dalam pungutan hasil cukai bagi meningkatkan hasil perbendaharaan negeri. justeru itu peraturan hasil padi dan kelapa telah diluluskan oleh kerajaan pada tahun 1905 dan dilaksanakan diseluruh negeri kelantan. mengikut peraturan yang diluluskan itu, Tok Kweng telah diberi kuasa untuk mengutip dan menilai hasil tanama padi setiap kampung dan segala hasil yang dipungut itu perlu diserahkan kepada pegawai daerah. hasil-hasil tanaman padi ini dinilai mengikut penjuru tanah apabila sesuatau kawasan melebihi daripada 200 depa persegi. setiap penjuru dikenakan hasil padi sebanyak tiga kupang setahun. sementara itu bagi ladang dikenakan sebanyak 30 kupang setahun. beberapa pengecualian telah diberikan kepada raja dan kaum kerabat diraja Tok Kweng dikecualikan sebanyak 32 penjuru, Tok Imam 24 penjuru atau 32 penjuru, tok bilai 16 penjuru, kerani tok kweng 8 penjuru dan tanah wakaf.
      Pejabat Tanah telah memperkenalkan daftar pemilikan tanah,jumlah tanah yang dimiliki dan juga kedudukan tanah tersebut. Bagi rakyat,peraturan yang diperkenalkan meyusahkan dan membebankan mereka .Sekiranya mereka gagal membayar cukai yang dikenakan mereka akan didenda,perkara yang lebih menyukarkan penduduk pada waktu itu hasil tanaman kurang menjadi dan rosak,pegawai yang bertugas memungut cukai juga kurang cekap dan telah melakukan kekasaran terhadap Tok Janggut yang terpaksa berulang alik beberapa kali semata-mata untuk membayar cukai.Hal ini menyebabkan Tok Janggut merasa kurang senang dan bertambah benci kepada British[15].
      Pada tahun 1912, encik Latif dari singapura telah mengambil alih tugas sebagai pegawai daerah menggantikan encik Salleh. keadaan yang sebelum ini reda kembali tegang semual lebih-lebih lagi encik latif melaksanakan semula secara tegas peraturan membayar cukai kepada pihak kerajaan. ini berikutan kemerosotan hasil cukai semasa pentadbiran encik Leh. kemudiannya pada 19 mac 1914 pengistiharan notis no. 4/1914 mengenai cukai tetap tanah dilulskan oleh majlis mesyuarat negeri, sistem ini telah dikuat kuasakan pada 1 januari 1915. mengikut sistem ini cukai tahunan adalah pertanian dikenakan di antara seringgit dan seringgit dua puluh sen seekar terhadap tanah kelas satu 80 sen seekar tanah kelas dua, 60 sen seekar bagi tanah kelas ketiga, dan 40 sen seekar bagi tanah kelas keempat. setiap tanah sama ada dikerjakan atau tidak diwjibkan membayar cukai. sememangnya sistem cukai yang baru ini membebankan rakyat pasir putih lebih-lebih lagi dirasai oleh pera petani apabila tanah yang tidak dikerjakan oleh mereka turut dikenakan cukai. sebelum itu para petani telah pun dibebankan dengan cukai hasl-hasil pertanian seperti padi sawah 97 1/2 sen seekar, padi huma 46 sen seekar, pokok buah-buahan sekupang sepokok, pokok kelapa yang berbuah 3 sen sepohon, sirih 5 sen sejunjung, binatang pelharaan iaitu lebu dan kerbau 20 sen seekor, anjing dan babi 50 sen setiap seekor. bebanan yang dirasai oleh para petani ini telah mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pegawai daerah encik Latif yang begitu tegas melaksanakan peraturan membayar cukai ini. da dikatakan encik Latif mengenakan denda berlipat kali ganda bagi mereka yang gagal membayar cukai pada masa yang ditetapkan. malahan keturunan Raja Jeram turut dipaksa membayar hasil-hasil pertanian yang sebelum ini mereka dikecualikan dan ini menambahkan lagi perasaan benci para pembesar tempatan khasnya Engku Besar Jeram yang pada mulanya lagi kurang senang dengan kedatangan pegawai daerah ke pasir putih[16].
      Kegawatan yang berlaku ini menyebabkan Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam, Haji Said merbol, Encik Ishak dan penduduk kampung Pasir Putih telah bersetuju untuk tidak membayar hasil tanah kepada pihak kerajaan. keadaan ini menyebabkan hasil kerajaan menurun, contohnya cukai kawasan bukit Abal dan Gaal menurun secara mendadak dariapad 3000 kepada 89.32. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa permuafakatan di antara pembesar tempatan dengan penduduk pasir putih merupakan penentangan awal secara terbuka terhadap kerajaan british di kelantan.Pada 29 april 1915, Tok janggut bersama-sama dengan pengikutnya telah mengadakan mesyuarat di kampung Tok Akib. dalam mesyuarat itu mereka telah bersetuju untuk memulau pembayaran hasil dan menyerang bandar pasir putih. pada masa yang sama saman atau waran tangkap telah dikeluarkan kepada Tok janggut dan pengikut-pengikut kuatnya untuk datang ke pejabat daerah memberi tunjuk sebab berkenaan pemulauan hasil cukai kerajaan. 

Faktor keagamaan
      Unsur keagamaan juga memainkan peranan yang penting dalam penentangan Tok Janggut.Tok Janggut telah mendapat pendidikan di Mekah dan ideologi pejuangan keagamaan dapat dilihat sebagai faktor penting,Tok Janggut telah menyeru pengikutnya,beliau menyatakan bahawa orang putih ingin memerintah mereka,dan wajib bagi umat islam untuk menentang dan mengistiharkan sabil terhadap penjajah.Gerakan Tok Janggut lebih dilihat  berhasrat menegakkan da’rul islam.  Berita peperangan Turki Uthmaniah dengan British telah disambut dengan semangat jihad oleh orang melayu kelantan dan negeri2 melayu yang lain seperti Terengganu,Bimbang dengan semangat jihad orang melayu,kerajaan british telah memaksa Kerajaan Kelantan menyatakan kesetiaan kepada Mahkota Baginda King George V [17].Enekmen juga telah dikeluarkan di negeri itu yang melarang orang Kelantan meyatakaan sokongan terhadap Turki Uthmaniah,dalam suasana itu pada 1915 kebangkitan anti british tercetus di Pasir Putih di bawah pimpinan Tok Janggut.Faktor keagamaan tidak boleh ditolak sebagai faktor yang mendasari kebangkitan penentangan Tok janggut,Berdasarkan catatan Wells yang mengatakan bahawa beliau mengaitkan faktor islam yang membangkitkan pemberontakan 1915 dalam menentang kolonial barat.Hal ini juga boleh dikaitkan dengan senario iklim politik pada masa itu yang menyeru jihad kerana situasi peperangan di Turki Uthmaniah[18].Tok Janggut yang berumur 65 tahun pada masa itu bersedia menjadi pemimpin gerakan protes dan penentangan di Pasir Putih.

Penutup
     Pada 24 Jun 1915 Tok Janggut dan pengikutnya telah menyerang Pasir Putih ,dalam pentempuran itu,askar-askar british yang terdiri daripada askar-askar Sikh telah berjaya membunuh ramai pengikut Tok Janggut.Perjuangan Tok Janggut berakhir dengan pertumpahan darah yang banyak dan juga telah meragut nyawa Tok Janggut dan menyebabkan gerakan penentangan dapat dikawal oleh tentera British.Mayat Tok Janggut dihantar ke Kota Baharu dan digantung untuk tontonan orang ramai sebagai peringatan.
      Kebangkitan semangat anti-penjajah merupakan peristiwa yang bersejarah dalam sejarah perjuangan menentang penjajah di Malaysia.Ini kerana reaksi terhadap penjajah yang berkuasa di Kelantan telah menimbulkan semangat ingin membebaskan negeri dari kawalan penjajah.Orang melayu khususnya di bawah pimpinan Tok Janggut berani untuk bangkit menentang kerana ideologi dan pengaruh jihad islam yang begitu tebal dalam diri masyarakat Melayu.Persoalan mengenai adakah Tok Janggut menentang kerana kuasa dan pengaruhnya yang dirampas?penyataan ini kurang tepat kerana terdapat pelbagai lagi faktor yang mendorong kepada sikap menentang. Takbir “Allah hu-Akhbar” yang dilaungkan oleh Tok Janggut semasa pertempuran terakhir telah memperlihatkan punca utama kepada gerakan jihad ini dan menjadi pembakar semangat pejuang tanah air untuk membebaskan negeri Kelantan sebagai negeri serambi Mekah.

Rujukan
Nik Anuar Nik Mahmud,Tok Janggut Pejuang atau Penderhaka,Jabatan Sejarah UKM,Bangi,1999.
Ramlah Adam,Pejuang-Pejuang Kemerdekaan,Institut Kajian Sejarah dan Patriotisma Malaysia,Melaka,2003.
Mohd Isa Othman,Gerakan Protes Dalam Perspektif Sejarah Malaysia, Universiti Sains Malaysia: Utusan Publication & Distributors SDN BHD, 1999,  
Abdullah Zakaria Ghazali, Peribumi Dan Penjajha: Gerakan Tentangan Di Malysia, Jurnal Sejarah, Persatuan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Bil 23, 1995.
Nik Annuar Nik Mahmud, Sejarah Jeram Dan Kebangkitan Tok Janggut (1915), Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1972.
W. R. Roff (Ed), Kelantan Religion, Society And Politic In A Malay State, Kuala Lumpur, Oxford University Press, 1974




[1] Nik Anuar Nik Mahmud, Tok Janggut Pejuang atau Penderhaka, Bangi:Penerbit Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia, ,1999, hlm 22.
[2] Nik Anuar Nik Mahmud, Tok Janggut Pejuang atau Penderhaka, hlm. 24.
[3] Nik Anuar Nik Mahmud, Tok Janggut Pejuang atau Penderhaka, hlm. 53.
[4] Nik Anuar Nik Mahmud, Tok Janggut Pejuang atau Penderhaka, hlm. 54.
[5] Ibid., hlm. 67.
[6]Ramlah Adam, Pejuang-Pejuang Kemerdekaan, Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisma Malaysia, 2003,  hlm. 225.
[7] Nik Anuar Nik Mahmud, Tok Janggut Pejuang atau Penderhaka, hlm. 63
[8] Mohd Isa Othman,Gerakan Protes Dalam Perspektif Sejarah Malaysia, Universiti Sains Malaysia: Utusan Publication & Distributors SDN BHD, 1999, hlm139.
[9] Nik Anuar Nik Mahmud, Tok Janggut Pejuang atau Penderhaka, hlm. 54.
[10] Mohd Isa Othman,Gerakan Protes Dalam Perspektif Sejarah Malaysia, hlm. 139.
[11] Ibid., hlm. 140.
[12] Nik Anuar Nik Mahmud, Tok Janggut Pejuang atau Penderhaka, hlm. 55.
[13] Mohd Isa Othman,Gerakan Protes Dalam Perspektif Sejarah Malaysia, hlm. 148.
[14] Nik Anuar Nik Mahmud, Tok Janggut Pejuang atau Penderhaka, hlm. 53.
[15] Nik Anuar Nik Mahmud, Tok Janggut Pejuang atau Penderhaka, hlm. 54.
[16] Mohd Isa Othman,Gerakan Protes Dalam Perspektif Sejarah Malaysia, hlm. 141.
[17] Nik Anuar Nik Mahmud, Tok Janggut Pejuang atau Penderhaka, hlm. 27.
[18] Nik Anuar Nik Mahmud, Tok Janggut Pejuang atau Penderhaka, hlm. 66.

No comments:

Post a Comment