isu yang berkaitan dengan kerajaan Biru yang menolak islam dan Kerajaan Hijau yang menggangap politik dan agama harus sehaluan... isu ini merupakan satu isu yang sentiasa dijadikan alasan oleh kedua parti yang dalam bahasa lembutnya ialah gilakan kuasa untuk berkuasa. sikap yang ditunjukkan oleh kedua dua parti ini amat menjengkelkan bahkan dicemuh oleh pihak yang sudah muak dengan apa yang dipanggil "politik".. bagi pendapat pengarang,ia adalah lumrah bagi permainan politik di Malaysia, isu yang dikeluarkan masing-masing sentiasa ingin menjatuhkan pihak lawan dengan sehina-hinanya. malangnya kedua parti ini ialah orang melayu,islam,makan nasi dan hidup dalam rumpun yang sama, Mengapa harus berpecah? adakah Biru itu tidak mahu islam?dan adakah betul-betul yakin Hijau itu dapat membela islam ? bagaimana hendak menjalankan islam ? di Malaysia segala undang-undang haruslah dibahaskan di parlimen.. soalnya ialah mampukan Hijau memikul beban ini untuk mewujudkan sebuah negara islam? jika mampu cubalah bagitu bagaimana caranya agar rakyat benar-benar yakin dan menyokongnya.. begitu juga Biru yang memimpin, cubalah berani tampil dan bersumpah dengan nama ALLAH yang menyatakan bahawa tidak ada rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran.. mengapa tidak dilakukan? takut? oleh itu saudara saudari, politik merupakan satu wadah yang boleh membutakan hati,merosakkan akidah jika kita begitu taksub dengan perjuangan kita, jika kita merasakan perjuangan Islam yang kita bawa ialah benar-benar islam, tunjukkan.. ini kerana bila kita masuk dlam sesuatu badan politik, apa yang dikeluarkan dari mulut pemimpin kita ,kita akan bertepuk,mengganguk,melompat-lompat,membenarkanya..mengganguk,mengia,yes sir.sebaliknya kita kaji dahulu, benarkah dakwaan dan tuduhan yang mengaibkan parti lawan.. jadi janganlah kita terjerat dengan politik yang sedemikian, dlam politik,menjatuhkan pihak lawan adalah cara yang digemari,segala keaiban dan kesalahan dicari untuk dimalukan dengan seaibnya.. apa islam mengajar kamu berbuat demikian walaupun ia benar? Kesimpulanya janganlah terlalu taksub,melampaui batas dan berpolitiklah kamu dengan baik dan mengikut cara islam yang beriman,jika kita merasakan politik itu kotor, keluarlah,dan carilah kerja yang lebih berfaedah seperti kumpul stem,baca buku di library, dan main permainan tradisional yang dapat menyihatkan otak kamu daripada perkara yang mahu mengaibkan.. sekian..
No comments:
Post a Comment